Kehidupan peribadi Aishwarya_Rai

Aishwarya Rai sebelum ini berpancaran dengan pelakon Salman Khan dan hubungan tersebut terputus dan kemudiannya beliau jatuh hati dengan pelakon terkenal Abishek Bachchan.[5]

Pada 20 April 2007, Aishwarya Rai menjadi menantu kepada keluarga Bachchan apabila beliau memilih aktor Abhishek Bachchan sebagai pasangan hidupnya. Perkahwinan pasangan ini dijalankan di rumah kediaman keluarga Abhishek sendiri yang dihadiri oleh ribuan peminat, media dan juga rakan-rakan seangkatannya.[6]

Aishwarya Rai Bachchan telah melahirkan anak perempuan pada 16 November 2011 dan berita gembira ini diumumkan oleh Amitabh Bachchan melalui Twitternya. Keluarga Bachchan mengatakan bahawa gambar yang telah disebarkan di Internet serta Facebook iaitu sebagai Aishwarya berada di hospital bersama anaknya adalah palsu. Bachchan kemudiannya mengatakan bahawa gambar Aishwarya Rai bersama anaknya akan disebarkan di seluruh media sebaik sahaja, Aishwarya keluar dari hospital. Keluarga Bachchan mengatakan bahawa nama anak Aishwarya harus dimulakan dengan huruf B selepas melihat astrologi.

Rujukan

WikiPedia: Aishwarya_Rai http://www.cbsnews.com/stories/2004/12/29/60minute... http://travel.cnn.com/mumbai/none/gallery-aishwary... http://www.expressindia.com/news/fullstory.php?new... http://www.hindu.com/thehindu/holnus/0092009012603... http://www.hindustantimes.com/Entertainment/Bollyw... http://www.hindustantimes.com/Entertainment/Tabloi... http://www.imdb.com/name/nm0706787/ http://filmfareawards.indiatimes.com/ http://www.koimoi.com/bollywood-news/why-aishwarya... http://www.ndtv.com/article/people/aishwarya-rai-b...